Friday, July 10, 2020

Sazali Samad


Sazali Abdul Samad ialah seorang ahli bina badan Malaysia. Sazali dilahirkan di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Mula menjadi ahli bina badan pada tahun 1987, selepas mendaftar menjadi ahli Pusat Latihan Bina Badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Maslan telah berkecimpung dengan sukan bina badan sejak berusia 25 tahun. Selain berlatih di Bukit Aman, Sazali juga mendapat latihan di gimnasium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Sazali juga merupakan salah seorang ahli Persekutuan Bina Badan Malaysia. Sazali telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

Latar belakang

Anak kelahiran Batu Pahat ini, merupakan seorang polis yang berpangkat sub inspektor. Hari terakhir Sazali sebagai anggota polis pada 30hb September 2016.  Dalam tahun yang sama, selepas persaraan, Sazali telah menubuhkan Akademi Sazali Samad terletak di i-Tech Tower, Shaftsbury, Cyberjaya, Selangor, bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia sukan bina badan. Akademi ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. 

Sazali mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Dalam tahun 2007, Sazali mula menjadi jurulatih bagi Malaysia bagi persiapan atlet bina badan Malaysia untuk Sukan SEA di Korat. Antara atlet di bawah latihan Sazali ialah Tun Jahafar Abdul Rahim, Mohd Salim Mat Salleh dan Buda Anchah.

Pencapaian & anugerah



Kemenangan pertama Sazali dalam sukan bina badan di Mr. Kuala Lumpur/Selangor bagi kategori Bantamweight (65kg) dalam tahun 1989. Disusuli, kemenangan Mr. Malaysia dalam tahun 1991, yang melayakkannya mewakili negara ke Pertandingan Bina Badan Amatur Asia di Korea Selatan.

Pencapaian

2014

.mr asia mr universe di macau

2013

mr universe di hungary

2012

.mr universe di Budaors

2011

. tempat kelima kategori lightweight 70 kg di bangkok thailand

2010

universe kategori Bantamweight (bawah 65kgdi di tehran

2009

.Asian Men's Bodybuilding Championships 2009 Below 70kg - Champion

2008

Naib Juara Pertandingan 2008 IFBB Arnolds Classic Bodybuilding, Fitness And Figure

2007

Juara Mr. Universe Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia ke-61, kategori Lightweight, di Jeju, Korea Selatan

2006

Pingat perak Sukan Asia di Doha, Qatar

Juara Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia Bantamweight (65kg), di Republik Czech

2005

Naib Juara Mr Universe Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg) di Shanghai, China.

Naib Juara bina badan kategori Bantamweight Sukan SEA di Manila, Filipina.

Naib Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

2004

Juara Mr Universe Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia2004, kategori Bantamweight (65kg) di Moscow,Rusia.

Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

2003

Tempat Ke-tiga Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia 2003 kategori Bantamweight (65kg) di Mumbai, India.

Naib Juara kategori Lightweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia.

2000

Juara Mr Universe Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg) di Melaka, Malaysia.

Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1999

Tempat Ke-empat Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg)

Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1998

Tempat Ke-enam Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg)

Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1997

Tempat Ke-empat kategori Bantamweight Pertandingan Sukan Bina Badan Dunia IFFB

Tempat Ke-enam Pertandingan Bina Badan Amateur Dunia kategori Bantamweight (65kg)

Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

Juara bina badan kategori Bantamweight Sukan SEA di Jakarta, Indonesia

1996

Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1995

Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1994

Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1993

Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Sukan SEA di Singapura

1992

Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

Anugerah

2007

Olahragawan Lelaki Tahunan 2006 (Anugerah Sukan Kebangsaan Malaysia 2007)
Anugerah Melayu Cemerlang UMNO.

2014

Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)
Anugerah Sukan Negara 2014 - Olahragawan Kebangsaan

Kontroversi

Pada September 2015, Sazali telah digantung dari sukan bina badan Malaysia akibat kegagalannya dalam ujian salah guna dadah oleh Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas), diatas kecuaian sendiri dalam memakan makanan tambahan yang mengandungi bahan terlarang tanpa disedarinya, ia mengakibatkan Sazali menerima penggantungan selama 4 tahun. Penggantungan Sazali tidak berkesudahan, selepas menyertai dan memenangi kategori 75kg di Kejohanan China Sport Show Fearless Bodybuilding Physique & Bikini di Shanghai, pada Mei 2018, Sazali digantung lagi 4 tahun,, sehingga tahun 2023. Justeru, Sazali mengambil keputusan untuk keluar dari Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF).

Bagi meneruskan kerjaya sebagai ahli sukan bina badan, Sazali pernah merayu penggantungannya dikurangkan sebanyak 2 kali, namun ditolak oleh persatuan.